TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

titik titik titik...



Semakin aku melangkah dalam hidup ini, semakin aku cuba untuk membuka peluang kepada diri sendiri, semakin banyak kesilapan yang aku lakukan. Dugaan apakah ini, ujian juga ini?

Terkadang terasa semua itu begitu menekan diri aku ini bila tiada sesiapa untuk ku luahkan segala yang terbeku, yang berbuku buku di dalam isi perut ku ini. Serasa tiada yang memahami, atau akukah yang membuatkan mereka sukar untuk mengerti.

Serasa di setiap langkah, aku meninggalkan bekas yang amat menyakitkan orang lain, tapi sebenarnya aku juga terseksa, terseksa kerana hasrat di hati tak dapat ku gapai, gunung di depan mana tak dapat ku peluk. Teramat sukar untuk melepaskan kenangan indah masa lalu, ya..teramat sukar!

Bila ku katakan, "aku perlukan masa.."

Ramai menganggap ianya gurauan lelucon. Kenapa perlukan masa bila 'gunung' sudah di depan mata?

Tetapi tatkala ku jujur luahkan isi perut, ada pula yang terluka. Dahulunya kata-kataku yang memerlukan masa itu tidak dipandang serius, malah dianggap sekadar kata kata bersuka suka.

Betullah kata orang, sukar untuk orang memahami bila dia tidak di dalam 'kasut' kita. Pun begitu, aku tidak minta untuk difahami sangat, tetapi aku perlukan sokongan untuk bangun berdiri seiring masa, agar dapat ku menegakkan batang tubuhku di alam nyata.

Sekali lagi , "aku tetap perlukan masa".

"Banyak perkara yang tak mahu aku lakukan hanya untuk menjadikan ianya satu kelukaan pada orang lain."

"Banyak perkara yang tak ingin aku lakukan hanya untuk menjadikan ianya satu kesilapan."

Memang mudah untuk berkata-kata sebab lidah tidak bertulang, andaipun ianya benar satu keikhlasan tetapi keikhlasan itu sebenarnya seumpama seekor semut hitam yang kecil di atas seketul batu hitam yang besar di tengah malam.

Menghargai hati dan perasaan sendiri lebih utama pada ku, dan bukannya aku tidak menghargai anugerah tuhan kepada ku. Andai aku menghargai apa yang aku rasa, aku percaya bahawasanya aku akan lebih menghargai apa yang aku miliki.

Biarlah mulut umat sekeliling mengwar-warkan apa saja, mulut tempayan boleh ditutup tetapi bukan mulut manusia tambahan pula bila kita dikatakan pihak yang terpesong.

Kadang kadang sesuatu itu bukan untuk kita. Hidup mesti diteruskan. Andai kita perlukan masa, aku percaya apabila masa kita telah sampai, tiada apa yang dapat menghalang sesuatu ketentuan daripadaNya.






5 comments:

Anonymous said...

kalau begitu, peganglah kenangan tu sampai bila2.

Afraliza Yusof said...

idup ni intersting klau we pandai mencorakkannye..depend dgn individu itu sendiri mcm mn they all nak menconteng hidup mereka sendiri..

Tie HT said...

kita tk dpt lari dari kesilapan..lumrah jadi manusia..yg penting semangat dan kematangan fikiran..tenang :)

Day Dreamer said...

ano,

for me, kenangan tu tak perlu dipegang pon, but ianya memang akan berada bersama kita sepanjang hidup kita.tak kira ianya pahit atau manis. kan? saya percaya semua orang ada kenangan manis yang selalu dorang ingati. =)

tak gitu?

Day Dreamer said...

hi afraliza & Tihara

betul tu af, walau apapon yg terjadi, sebenarnya semua itulah yang membuatkan hidup ni lebih interesting.

betul tu Tihara, semua org buat silap.kata org, jgnlah terlalu kesal bila melakukan kesilapan sbb tanpa kesilapan kita takkan dapat belajar mengawal keadaan. :)

tp, apapun kita tetap perlukan ruang dan masa untuk 'lepaskan' apa yang di dalam kita supaya akhirnya ianya menjadi oke.

thanks.