TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

ALLAH

Kami Mendapat Satu E-mail Dari Seseorang.. Bacalah Jika Anda Nak Tahu..




Baca jika anda ada masa untuk ALLAH .

Bacalah sehingga habis.

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.

ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.


Kitacuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hariJumaat ... ....

Mungkin malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit....
Dan sudah pasti waktu ada kematian...

Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAHwaktu bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung pada NYA.
Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka... ...
Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAHbukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.
DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.

RENUNGKANLAH
Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!! !

Ya aku CINTA ALLAH ...

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku

IA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari.TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah.

Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu..
Kirimkan kepada kepada semua muslim

Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?

Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.


Susah vs. Senang

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran ?
Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali? Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem"forward" kan email yang tak senonoh?

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.

Solat adalah yang terbaik....

Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.


LinkNotes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusiaTIDAK Beriman PADA ALLAHsetelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka..

Tidakkah melucukan bila seseorang berkata; "AKU BERIMAN PADA ALLAH " TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).

Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal..., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM , ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?

Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?..

Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapan ALLAH terhadap anda.

***********

Note:

Aku panjangkan entry ini bulat-bulat seperti yang kedapatan pada
http://bloggercrew.in-malaysia.org

dengan harapan agar kita sama-sama dapat merenung
dan berfikir sejenak tentang isi kandungan yang disampaikan.



aku nak berhijrah...



tanpa sedar sejak dari hari itu, satu demi satu kesilapan telah aku lakukan.

dan aku mula merasa seolah-olah terperangkap di dalam tekanan akibat kesilapan demi kesilapan yang berlaku.

kadang-kadang aku rasa teramat tertekan...

kadang-kadang aku merasa jemu dan bosan dengan life yang aku redahi...

kadang-kadang aku rasa aku seolah hilang punca...tak tahu apa yang aku sendiri ingini..

aku tertekan.....


Ya Allah Ya Tuhan ku, ampunilah hambaMu ini. Berikan kekuatan kepada hambaMu ini Ya Allah...sesungguhnya hambaMu ini ingin berhijrah ke arah yang lebih baik dan diredhai Mu...



lupa la plak!!

Macam mana la aku leh terlupa dan tertinggal menda tu. Iskkk!!!
Betul la org cakap, gadjet yg satu ni dah jadi keperluan. Susah nak berhubung kalau takde menatang gadjet nih.

Yang buat lagi tension tu, ingatkan leh la beli 'menda yang tertinggal' tu kat bandar. Sekali pegi semua cakap,

"takde la bang, kalau nak kena order laa.."

"suda habis la incik, kalau mau u kena order loo"

"..kalau mau u kena pegi sana Aulong, ada satu kedai saja sana simpan ini stok"

Bestnya dengar jawapan jawapan camtu tu. Padahal Aulong tu pon aku tatau kat mana n macam mana. Bunyi pon macam ala ala kat Shanghai je. Aku ingat senang la nak dapat since gadjet ni local made. Sekali, dapat la pengajaran kali nih.

Actually aku memang dah ada 2 set charger untuk hp CSL ni. satu untuk caj kat bilik and satu untuk travel. Sekali yang untuk travel tu aku dah kluarkan n guna kat opis. Dah tu tertinggal plak. Bagus sangat la. 2 hari aku terputus segala hubungan thru hp. Padan muka aku kan? huhuhuhu..

Korang pon, jangan la terlupa menda kecik yg penting camtu. If stok yg senang nak dapat takpe gak. Ni stok yg cikai mcm aku punya, susah plak nak dapat charger dia. Hangin jugak tp dah kecuaian sendiri. Redho je la!

Moral - Belli la hp yg ada nama bagus sket, yg agak agak senang nak dapat stok pape kalau ada prob. huhuhuh!



tengok wanita = bersenam

Satu artikel ringkas dan menarik untuk dikongsi ngan korang. Tapi aku edit balik isi dia dan takde la sampai lari maksud ayat artikel tu.

Korang tau tak, wanita or pompuan ni mampu membantu memanjangkan umur seseorang lelaki. If sorang lelaki tu tengok sorang sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari, ia dapat membangkitkan keghairahan dalam diri seorang lelaki tu.

Menurut Dr. Karen Weatherby, sungguhpon begitu ianya bukanlah dari segi seksualiti tetapi tengok ni macam macam kita buat senaman aerobik selama setengah jam sbb ianya merangsang pengaliran darah serta mengepam jantung dengan lebih teratur dan siihat.


So, selalu selalu la tengok pompuan pepagi. Tp tengok sekali je, jgn tengok banyak kali.
Dosa! =)


erti ciuman....





Orang cakap, satu ciuman sudah cukup ntuk menyampaikan maksud sebenar yang tersirat di hati seseorang lelaki terhadap pasangannya. kadang kadang lelaki susah sangat nak susun perkataan dan luahkan kat kapel dia, jadi teknik ciuman adalah one of the best way untuk suarakan isi hati yang terpendam.

Err...ni semua aku amik n re-edit dari faveret magazine aku keluaran 2003.

So, now dikongsikan ciuman dan maksudnya:

1 - Cium tangan: "saya mengagumi anda."

2 - Cium pipi: "Kita hanya kawan."

3 - Cium leher. "Aku dambakan diri mu."

4 - Cium bibir: " I love you."

5 - Cium telinga: "Kau bakal mangsa aku seterusnya."

6 - Cium bahagian bahagian lain: "Aku tiada perasaan."

7 - Renungan tepat ke mata: "Ciumlah aku."


Dinyatakan lagi di situ, Jika anda tak pernah menerima ciuman tersebut, walaupun di tangan, so paham paham aje lah.

So, itu je lah yang nak share kali ni.


"When I saw you, I was afraid to meet you... When I met you, I was afraid to kiss you... When I kissed you, I was afraid to love you... Now that I love you, I'm afraid to lose you."


rahmat dan petunjukNya...





pada satu petang tetiba terlintas di benak fikiran....


....rahmat dan petunjuk dari Allah itu kadang kadang dalam dalam bentuk yang tidak pernah kita sangkakan.

sakit perit, risau bimbang, takut dan berani, gundah dan gulana, suka ceria, duka nestapa, kecewa merana, bahagia tak terhingga hingga dan berbagai bagai bentuk dan cara lagi yang kadang kadang memang kita tak nampak akan hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.

ada orang cakap, kita hidup ini memang untuk diuji. betul ke?

tapi apa yang pasti, di sebalik ketakutan, kelukaan, kekecewaan, kesakitan, kehampaan, kegembiraan, kebahagian, kemasyuran, kegagalan, kebangkitan semula, kegemilangan sebenarnya tersembunyi sesuatu yang bernama ujian dan dugaan, syukur dan kesyukuran.

kan?



my life...my journey..my hope...my dream..my memories..



Aku suka sangat baca baca menda ni berulang kali. Pada aku menda ni sumtin yang sentiasa menemani aku. Tak isahlah if org nak kata aku jiwang pon, emo ke..up to them la. Mulut org, kita nak buat camna, if mulut tempayan tu lain la jugak. After all, aku nak rasa nak share dengan korang menda ni, sajak ke apa menda ntah. Aku pon tak hengat mana aku dapat menda nih.

Time, sometimes the time just slips away

And your left with yesterday

Left with the memories

I, I'll always think of you and smile

And be happy for the time

I had you with me

Though we go our separate ways

I won't forget so don't forget

the memories we've made

Goodbye, there's just no sadder word to say

And it's sad to walk away

with just the memories

Who's to know what might have been

We'll leave behind a life and time

We'll never know again

And how we laughed and how we smiled

And how this world was yours and mine

and how no dream was out of reach

I stood by you, you stood by me

We took each day and made it shine

We wrote our names across the sky

We ran so fast, we ran so free

I had you and you had me.

'this product contain substance from porcine'


bz..bz..bz...

dah banyak kali hasrat nak menulis at least 20 entri sebulan kt blog gagal. terasa letih sangat, lepas isya' je.....kedebusss!!

.....tergolek keletihan dan terbongkang sampai pagi esok!

tapi malam ni paksa jugak supaya tido lewat sket, sbb nk update galeri nih, even entri yg ntah hapahapa, even entri dengan dua tiga patah perkataan. as long as ada maknanya dan leh motivate aku dan orang len, it is enuff! =)

- if korang amik ubat apapa, supplemen, vitamin atau apa apa saja samada dari hospital gomen, hospital swasta berbayar, farmasi atau mana mana, sila semak pada label ubat tersebut jika ianya mempunyai bahan bahan yang berasal dari BABI. so korang paham kot maksud aku.

normally kita memang tak perasan dengan istilah istilah perubatan ni, but belajar dan cuba cari. pastu ada juga yg tertulis 'This product contain substance from porcine.' memang jelas dinyatakan tapi kita pon tak paham jugak. so, be careful!

- 'porcine' itu adalah istilah yang menunjukkan sesuatu produk itu bersumber atau berasaskan BABI.

so, cukuplah sedikit info untuk malam ni. lenkali kita sambung lagi yer. =)