TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

i am yours...

Korang mesti pernah terfikir kan tentang 'kenapa la kita tak dapat menda yang kita nak', kan? Waktu aku start blogging dulu, aku penah la juga tulis tentang ni. Memang as human ni, kadang kadang kita rasa kecewa terhadap sesuatu yang kita harap kita boleh dapat tapi...akhirnya, kita tak dapat apa apa.

Tu la juga penyebabnya sesetengah dari kita rasa rendah diri, malah kadang kadang ada yang persoalkan kenapa? Kenapa aku tak leh dapat?

Aku tak pandai ke, aku tak cantik ke? Atau, sebab dorang tu semua kaya, ada duit, so dorang boleh dapat, boleh beli apa yang dorang nak?

Korang rasa camtu ke? Even though, pada waktu waktu kita tenang and boleh berfikir dengan wajar, kita sedar n tahu, tak semua menda yang kita nak, tak semua orang yang kita minat , kita boleh dapat. Kita takleh dapat 'all in one'. Setiap sesuatu pasti ada kelebihan dan kekurangan, and setiap sesuatu tu mesti berlaku atas sebab dan alasan yang tertentu. Mungkin kita je yang tak tahu!

Dan, bukan juga sebab cantik ke, tak berapa pandai ke, bukan! Tu semua adalah menda yang subjektif. Tak semestinya apa yang kita nampak cantik tu juga cantik pada mata orang lain. Dan tak semestinya orang yang pandai berpolitik, petah bercakap tu juga seorang yang pandai memasak kat rumah even dia ada degree. Kan?

Ntah-ntah goreng ikan pon hangit, who knows?

Tapi itulah realiti kehidupan kita. Kehidupan yang kita sedang lalui yang kita sendiri taktau bila dan kat mana penghujungnya. Apa yang perlu ialah kita kena cuba buat yang terbaik untuk setiap hari yang kita miliki. Cuba sedaya upaya, all out! Kalau tuhan nak bagi kita sesuatu yang berharga, DIA takkan bagi dengan cara yang terlalu mudah.

Sebabnya? Mudah sangat - kalau kita tak melalui kepayahan dan kesedihan dalam hidup, kita mungkin takkan tahu menghargai apa yang kita ada. Itu je!


Tapi itulah kehidupan, dalam pencarian terhadap sesuatu, ramai orang yang terkandas sebab kurang sabar. Kurang sabar dalam melayani pasangan, kawan-kawan dan orang-orang lain kat sekeliling. Kurang sabar dalam memandu, menguruskan tanggungjawab dan berbagai bagai hinggakan sampai pada suatu ketika di mana apabila sesuatu terjadi kita akan berkata;

"Kalaulah aku tahu, banyak yang takkan aku lakukan just untuk menjadikannya satu kesilapan...."

Samalah juga dalam sesuatu perhubungan, kadang kadang kita tak boleh terlalu memaksa kawan atau kapel kita mengikut kehendak kita je. Tolak ansur tu penting, sabar juga sangatlah penting. Meminjam kata-kata yang pernah aku baca dari sebuah novel, barangkali... macam ni;

"Awak tak perlu jawab kalau belum bersedia. Never mind, take your time! Bertahun tahun saya sanggup menunggu, takkanlah kali ni tak boleh pulak.."

Nak sabar pon satu dugaan dan ujian juga tu, kalau sempit pandangan dan pemikiran kita, cepat lah juga kita tewas dan jadi tak sabar. Kalau kita berpandangan terbuka, kita mungkin akan cuba bertenang dan tidak berprasangka secara melulu, so semua tu menyumbang kepada sikap sabar kita. Sabar lah, kalau orang bagi sikit, kita amik la sikit tu. Ingatlah, sikit-sikit, lama-lama akan jadi bukit. Anda paham kan apa yang saya maksudkan?

Kita umpama kan macam ni lah, dalam berkasih, boy meets gal, kita pastinya akan suka kat seseorang, suka sangat sangat tapi tak pasti adakah si dia tu sukakan kita sebagaimana kita sukakan dia even kita dah bagitau. So, tentulah bagaikan menanti sesuatu, ye ke tak? Kalau padi, katakan la padi, takde la aku tertampi tampi. :)

"Penantian ni satu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada.
I akan terus menunggu sampai I pasti
'dia' bukan jodoh I."


Ayat tu pon dah tunjukkan keindahan, kesabaran dan toleransi. Ye tak?


Actually aku pon tak pasti kenapa aku meletakkan sekali ilustrasi Pon & Zi kat page ni, tapi apa yang aku pasti dorang berdua adalah kapel yang 'dalam perhubungan' dan melalui macam macam rencah dalam hidup. Dorang sangat menarik minat aku.

Tapi yang pasti, dalam kehidupan ini orang yang pernah gagal akan lebih tahan diuji dan lebih tahu menghargai. Dia melihat bahagia seperti melihat warna warna indah di atas pelangi. Somewhere over the rainbow!


Dengan sikap keterbukaan, direncahi kasih dan sayang yang ikhlas serta penuh kesabaran juga kita mungkin dapat memenangi hati orang yang kita sayangi walau dalam apa jua keadaan yang payah, lepas 'berperang' ke atau macam mana sekali pon. Yang penting, jangan biarkan emosi mengawal diri kita, janganlah terlalu tinggikan ego kita, kita adalah TUAN kepada ego dan perasaan kita. Aku suka nak kongsikan 'kesabaran' yang aku nampak melalui....

" Ibarat orang yang dah luka lututnya... I tak boleh ajak dia berlari. I perlu tunggu sampai lukanya sembuh sambil tu I cuba berjalan perlahan lahan dengan dia."

Korang fikir-fikir dan paham-pahamkan lah apa yang ada dalam ayat tu. :)


Tapi, itu lah... kebahagiaan tu bukanlah satu destinasi tapi mungkin sesuatu yang perlu kita cari dan gali. So, barulah kita akan dapat hasilnya. Tak semestinya orang yg dah kawin n ada lima orang anak tu happy dah bahagia, tapi kita doakanlah mereka bahagia. Kalau dah berumah tangga tu, atau kalau dah berkapel tu, jgn la biarkan hubungan tu flat je, sesekali biarlah ianya berapi-api, biarlah ianya ada kejutan yang hangat dan membahagiakan, itu kan mencari bahagia juga namanya. Yang pastinya itu juga memerlukan kreativiti!

'Good things come to those who waits'
- Harrison Dillard

I'll lend you my shoulder for you to cry on,
my ears to listen to,

my hand for you to hold, my feet to walk with you...

....coz i'm yours and you're mine.

14 comments:

Anonymous said...

Tapi yang pasti, dalam kehidupan ini orang yang pernah gagal akan lebih tahan diuji dan lebih tahu menghargai. Dia melihat bahagia seperti melihat warna warna indah di atas pelangi. Somewhere over the rainbow!

I LIKE THIS STATEMENT.....

SATSUMA SHIMMER said...

Tapikan...kadang2 kata-kata kita tu mcm senannnnggg jer nampk..kan..Actually..org yang melalui lebih merasai keperitan, kesengsaraan, kesedihan, suka, duka, ..apa yg dirasa mengikut situasi2 yang berbeza-beza, kenapa, sebab, bagaimana dan keputusan nya..walau apapun rintangan yang mendatang selagi masih ada jalan untuk kita selesaikan..insyallah..TUHAN MAHA KAYA..nak tolong kita..TETAPI HATI KITA MESTI MAU BERSIH DAN IKHLAS..

Carburettor Dunk said...

hi Ano,

thanx for the compliment, tapi realitinya tak semua KITA yang gagal ni leh bertahan, ada yang gagal n jatuh tak bangun bangun. ada yg melihat 2nd chance tu ibarat sesuatu yang menakutkan. depends la, tgk keadaan, kalau kuat mebbe kita bangun, kalau tak....tergolek la.

:)

Carburettor Dunk said...

hi SATSUMA SHIMMER,

Saya setuju dgn apa yang anda katakan, org yg melalui dgn org yang melihat, rasa dia mmg tak sama.

tapi, kalau kita positif, kita nak cuba buat, kita tak putus asa, insya allah, boleh.

dan, betul pon, cakap memang senang. sbb nya, semua org leh bagi pendnapat n cakap apa saja. after all, pendnapat tu cuma pendapat je la, semua org leh call radio show or talk show kat tv n radio then bagi pendapat. lepas tu.... tak kemana juga. :)
kan?

pilihan kat tangan kita, we are responsible for what we choose to think n to do!

Pu3mIss3 said...

hye..sy pun stuju yg org yg gagal akan lebih tahan diuji dan lebih tahu m'hargai..ibarat pokok rhu yg kat tepi pntai dgn pokok yg kat tgh2 padang..pokok rhu gah berdiri..x tumbang wpun sentiasa terkena tiupan angin yg kuat.tetapi pokok yg kat tgh2 padang tu..wpun best je x kena angin kuat.rilex je..tp sekali die terkena tiupan angin yg kuat, die akan tumbang..so, mcm kita la..sape yg penah rasa gagal n hadapi byk cabaran dlm hidup tentunya akan lebih tabah n tidak mudah jatuh berbanding dgn org yg sentiasa berjaya, tidak pernah skali pun gagal dan sentiasa hidup senang.once die dlm kesusahan atau gagal..mgkin susah utk dia bangkit kembali..mgkin akan terus rebah..

SATSUMA SHIMMER said...

u rasalah, kalau diri u jatuh..mampu ker u bertahan....tapi kalau u jatuh dan berani nak bangun...KENA TENGOK JUGAKLAH PADA SITUASI TU..ADAKAH BERBALOI.., PERLU KER/ ATAU TIDAK KER/ SESUAI ATAU TIDAK SESUAI KER... - SMART THINKING

SATSUMA SHIMMER said...

TAPI WALAU APAPUN....I BERPENDAPAT..APA YG U TULIS DLM BLOG NI ADALAH LUAHAN EMOTIONAL YNG LAHIR DARI HATI U, AM I RIGHT........DAN ADA SEDIKIT SEBANYAK, SECUBIT KOT..U NI MULUT ADA SEDIKIT MANIS - MANIS MADU KER MANIS GULA HUH???? - YOUR FRIEND

Carburettor Dunk said...

tq Pu3mIss3, tapi yang paling penting, kita berfikiran positif dulu. ye tak? kalau kita dah pasif n negatif, tatau la macam mana. kan?

tq again sbb share your idea kat sini. u are welcome! :)

Carburettor Dunk said...

Hi SATSUMA SHIMMER,

thanx for being here again. :)
anyway, apa yang i tulis tu takde kena mengena dgn sesiapa, dan i rasa takde la emotional kot. apa yang i tulis tu cuma buah fikiran dari pengalaman dan pembacaan serta pemerhatian i. :)

dan, tak semestinya apa yg i tulis ni akan disukai oleh org and tak semestinya juga dibenci. apa pon, thanx a lot and i anggap apa yg u cakap tu as a complimentary. :)

taktau la manis ke tak, kalau manis dah banyak semut geget kot. :)

Carburettor Dunk said...

hi SATSUMA SHIMMER,

i pon lom pasti if i terjatuh i leh bangun ke tak, tapi i akan cuba dulu untuk bangun. i akan buat yg terbaik yang i terdaya. i harap u pon sama juga. positive thinking! :)

percakapan adalah lebih mudah dari tindakan. itu yang semua org tau. tapi yang paling penting ialah kemahuan untuk mencuba sebelum mengaku kalah. ye tak?

so, apa yang mampu kita buat bergantung lah pada diri kita sendiri. :)

Pu3mIss3 said...

guys..jom kita gali sama2 bahagia tu...hihi

Anonymous said...

sama. hanya Tuhan yang tahu apa yang i rasa, i won't blame him. dan semestinya bukan salah Tuhan dapat takdir begini. thats the beauty of life. i aggap apa yang berlaku adala pengalaman yang tak bernilai dariNya. Sure ada hikmah disebalikNya n xperlula kita tangisi masa lalu.

shy said...

ketahuilah olehmu, bahawa kehidupan dunia ini hanyalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara sesama kamu, berlomba banyak kekayaan dan anak-anak. perumpamaannya bagai hujan, yang menakjubkan petani melihat tumbuh tanamannya, kemudian itu menjadi kering dan engkau lihat kuning warnanya, lalu menjadi hancur. Dan di hari kemudian siksa yang sangat keras (utk org yang bersalah), ampunan dan keredaan Allah (utk org yg mengerjakan kebaikan). Dan kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan tipuan semata. al-Hadeed 20

Day Dreamer said...

hi ani & shy,

thanks sbb menjengah dan berkongsi rasa dan kata kata. Setiap sesuatu yang berlaku itu bersebab dan ada hikmahnya, so jgn la pulak kita mudah melatah dgn apa yg berlaku, buka fikiran dan cuba lah tengok dgn tenang. Mebbe kita akan nampak sumtin yg boleh dijadikan pengajaran.

pilihan tetap kat tangan kita...

and' i setju dgn u ANO, that's the beauty of life.

:)