**********
Kalau aku rekomen lebih pun bukan dapat komisyen. Tapi cuma nak bantu. Jangan sangka yang bukan bukan tau.
Heppp !!! Bukan nak suruh korang buat tabung NGV tu. Kalau letup kang, aku gak yang kena.
Wakakakakaaaa !!!
Kisah ini berpunca dari bulan Jun yang lepas ketika pulang dari kampung ke Bandaraya. Ketika itu kawan dari Kuala Lumpur call aku. Katanya, "Wak ...malam ni harga minyak di katakan naik sampai RM0.60, cepat isi !!!, Memandangkan aku dalam perjalanan pulang dari kampung, aku pun cilok masuk ke Petrol pump dan isi.
Aku singgah di Petrol Stesyen Petronas. Bayar dan isi minyak. Bila aku letakkan salur minyak ke dalam tangki, orang dah sibuk beratur di belakang. Makin ramai dan ramai ... Pelik pun ada.
Lepas tu.. aku ketawa .... wakakakakk !!! Aku tak payah beratur.
Dan sepanjang jalan pulang, semua petrol pump dah mula ramai orang ... Sampai jalan jadi sesak. Ramai juga yang cengkelat potong lain dan barisan kenderaan dah mula kacau lebuhraya sehingga susah nak lalu.
Yang menariknya ... Petrol pump "BH Petrol" (Logo BHP berwarna orange) lebih ramai pelanggan berbanding Shell, Petronas, Mobil dan lain lain. Kenapa dan apa bezanya?
Selepas beberapa hari, ketika aku pergi dan pulang kerja, aku melintas Petrol Stesyen BHP di lebuhraya Federal di Shah Alam. Kalau dari Subang ke Kelang, ianya berada di sebelah kiri. Mangcik tentu perasan BHP ni.
So. setelah aku pastikan minyak di tangki dah sampai line merah ... "Parah", aku pun singgah isi. Hmmmm.... RM120.00. Aku start kereta dan kenderaan meluncur laju. Lebih 'pick up' lagi. Hebat ni....
Setelah beberapa hari, apa yang aku rasakan, penggunaan minyak nya amat kurang. Pick up lebih. Aku puas hati. dan aku beritahu pada saudara mara aku untuk bertukar dari Shell atau Petronas ke BH Petrol. Bermula dari hari tersebut, kesemua kami menggunakan BHP. Masalahnya BHP ni kurang sikit petrol stesyen nye. Aku peduli apa ... asalkan jimat. Sekarang aku dah kenal pasti lokasi lokasi penting di sekitar Shah Alam, Subang, Kelang, Petaling Jaya dan sekitar menghala ke kampung. Untuk kemudahan. Wakakakakk !!
Korang baca ujikaji orang miskin dari rentap resolusi. Ada baik untuk di pikirkan.
Yang aku pasti, kalau isi kenderaan dengan minyak Petronas ... paling cepat habis. Memang hampehhh !!!!
Patut diorang kaya. Bukan aku nak ngutuk, tapi yang betul kena bagi tau. Kalau macam sial, tak kan kita nak puji plak. Yang penting jimat. Tak caya cuba. Sekali pun cukup untuk tahu bezanya.
Adioss ... .!!!! Salam hari raya idil adha pada semua umat Islam.
No comments:
Post a Comment