THE EXAMPLE
of
THE SCENARIO
of
THE SCENARIO
" awak tak penah cuba nak fahami diri saya, itu tak boleh, ini tak boleh..."
"ooo..kau nak aku je yang paham diri ko, habis tu, aku ni sapa nak paham? selama ni aku dah cuba paham diri ko, tapi ko buat tatau je kat aku, ko ingat aku ni apa? ......."
YOU & I
Korang pernah tak terbayangkan, terfikir atau lalui sumtin yang macam digambarkan kat atas? Tapi as human ni, aku rasa dalam setiap perhubungan kita akan lalui menda mcm tu, cuma tahap keseriusan nye je yg aku tak pasti.
Tu la, kadang kadang bila aku pikir-pikirkan, dalam perhubungan ni MESTI ada tolerance, give n take, saling menerima dan menghormati kelebihan dan kekurangan kapel kita tu then berterus terang, jangan pikir bebukan dan jangan mudah berprasangka. Perkara-perkara yang lain tu, sure semua org pon dah tahu, kan? Dari situ kot, baru kita leh belajar memahami kapel kita tu. Cumanya, kita tak leh la take thing for granted dalam hal hal perhubungan ni.
TIME!
Katakanlah; 5 tahun dulu waktu kita start berkapel, kita cuba buat everything untuk tunjukkan kita sayangkan kapel kita tu, tak kira la kita ni lelaki atau pompuan. Everyday adalah hari hari yang indah! Kita rasa kita dah paham sangat tentang kapel kita, kehendak dia, keinginan dia, ketidaksukaan dia, semua tu kita rasa kita dah tau.
Tapi, after 5 atau 10 tahun, ada tak kita review menda tu semua? Adakah menda tentang dia yang kita paham 5 atau 10 tahun lepas tu masih sama sekarang ni, takde perubahan ke? Ataupun kita consider, 'alaaa..sama je, aku dah masak sangat dah perangai dia ni, memang camtu...'.
Atau, sebenarnya kita sedar tak yang diri kita sendiri dah berubah, tak macam dulu, dah tak sekreatif dulu dalam melangsungkan hubungan, tak seexcited dulu kat kapel kita dalam sesuatu hal. Mebbe kita tak perasan, kan?
Kalau dulu, setiap kali birthday si dia, kita belikan hadiah la, bagi bunga la, bagi kad la, ada candle light birthday dinner la, tapi dah lepas 5 atau 10 tahun ni or dah lepas berumahtangga ni, sikit dari menda tu semua pon dah takde. Camne tu? Actually kita tak sedar kita dah berubah due to keadaan sekelliling, tekanan dan bebanan kerja, usia yang makin meningkat, kewangan, anak-anak dan macam macam. Kita rasa bila dah kawin dah tak perlu buat semua tu, lagipon dah ada anak anak ni, tak yah la kot nak beromantik romantik sangat. Mungkin la.
THE POINT of VIEW
Cumanya, apa yang aku cuba nak hi-lightkan tapi macam tak kesampaian ni ialah kita kena sentiasa refresh pemahaman kita tentang kapel kita, mebbe keinginan dia dah berubah n dia nak cuba sesuatu yang baru. Cuba fahami kehendak semasa kapel masing, pokok besar pon berubah due to masa dan keadaan sekeliling, bangunan pon sama juga, besi pon berkarat. In short, banyak menda yang karekter dia berubah kat sekeliling kita. So, atas sebab-sebab tu la kot aku rasa, plus minus dalam hidup ni penting.
Kalau kita rasa dgn belikan sejambak bunga yang berharga RM60 tu boleh memberikan impak yang lebih baik kepada kita dan kapel kita, korang rasa berbaloi tak spend RM60 tu?
Kalau korang rasa, dengan sms kapel kita dari opis setiap hari dengan 'i miss u sayang' atau 'i love u dear' boleh menghangatkan dan mengeratkan hubungan, berbaloi tak?
Tak kisah la kalau waktu kita bagi bunga tu atau buat surprise tu anak anak nampak, at least dorang belajar sumtin n tahu yang kita sayangkan kapel kita. That's one way to tunjukkan kasih sayang. Rasanya dorang pon akan rasa bahagia.
Dan, aku rasa kita sendiri perlu menghargai apa yang kita rasa, kalau tak orang lain pon belum tentu akan menghargainya. Dengan memberitahu apa yang kita rasa, pada aku adalah satu cara kita menghargai perasaan kita.
Cumanya, budaya kita ni kalau dah lepas ada 2-3 anak, kalau buat camtu kang kapel kita kata,
"Awak buang tebiat tebiat ke nih, tiba tiba je", atau pon
"Isk... Abang nak hantar sms kat sape tu, tersilap hantar kat saya ke?" , pastu kalau jumpa kat umah, muka muncung n masam je. :)
'Dia tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang, dua tiga boleh ku cari, tapi manakan sama awak seorang'
I LEARNED SUMTIN
Aku still ingat, seseorang yang aku hormati la (pompuan) bagitau aku sumtin. Katanya (lebih kurang macam ni la yang aku ingat), 'if you want to understand woman, you have to learn about them'.
Katanya lagi, pompuan ni ada 3 kategori.
1 - Yang suka mendengar, means dia nak n suka dengar kapel dia selalu cakap 'i love u syg' , 'i miss u sayang' ataupun anything yang act as complimentary la. Yang sedap didengar.
2 - Yang suka melihat, means dia suka tengok usaha dan apa apa aktiviti fizikal yang lelaki buat untuk tunjukkan kasih sayang kat dia. Mebbe belikan bunga, belikan hadiah, bawa pegi melancong, atau tindakan fizikal lain seperti membelai dia, selalu mengusap rambut dia, peluk dia, sumtin yang macam tu.
3 - Yang suka mendengar dan melihat. So dia kombinasi ciri ciri di atas tu la.
Dan, kadang kadang aku rasa lelaki ni (actually pompuan pon sama juga, sbb pada aku lelaki n pompuan ni sebenarnye sama jee) terlalu ambik mudah sangat tentang hal hal berkaitan hati dan perasaan kapel dorang ni. Tapi bukan semua lelaki dan bukan semua pompuan la, sebab yang kita leh nampak ada je yang bagus, caring, sampai ke tua pon leh bergurau n bergelak ketawa usik mengusik di antara dorang.
Tapi tu lah, aku juz tulis je. Mebbe as peringatan untuk diri sendiri suatu masa nanti. Kot kot dah terleka tu, aku leh baca n refresh balik pemahaman kat kapel aku tu. So takde la life tu flat je... plain je kaler dia (aminnnn..). Kita semua nak baju kita warna warni yang indah sebab kita akan happy bila pakai, so takleh ke apply menda yg sama dalam life? Warna warnikan hidup dengan warna yang pelbagai yang indah dan ceria supaya kita sama sama happy n bahagia. Kan?
CLOSING
Apapon, cakap memang senang la daripada nak merealisasikan semua tu. At least bila cakap tu, ada jugak la visi dia, harapan ke arah tu. Tengok la macam mana. :)
Tapi yang paling penting dalam lakukan apa apa pon ialah keikhlasan. Orang cakap;
'Keikhlasan tu ibarat seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang kelam, ia wujud tapi amat sukar dilihat'.
No comments:
Post a Comment