TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

teruskanlah perjalanan....

...melangkahlah





Again, welcome 2009!

Mana mana yang baru mencecah 40 tu, mungkin korang rasa cukup matang dan berusia kot sebab baru je melepasi kehangatan alam 30-an. Ye tak? Yang mencecah setengah abad pulak, mebbe masa ni la baru terasa nikmatnya kehidupan, betapa bernilainya hidup ini untuk dihargai. Kalau boleh masa ni jugak la nak diisi dengan segala macam aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. Anyway, go on! Selagi kita nak cuba lakukan, takde yg terlambat pastinya. Cuma mebbe terasa letihnya sangat hidup ni bila usia dah mencapai pada level level yang macam tu, banyak benda dah lalui dan rasai. Orang cakap, semakin banyak garam yang kita makan, semakin kita kita kenal rasa masin sesuatu makanan tu. Maksud dia, banyak la pengalaman yang dah dilalui. Tak gitu?


Pengalaman Hidup

Apapun dalam hidup kita ni sebagai manusia, pengalaman yang kita lalui, susah atau senang, pahit atau manis; semua tu adalah lumrah. Kadang kadang kesusahan tu buatkan kita makin tabah, makin kuat dan makin banyak berfikir dan matang. Kalau dah terbiasa dengan kesenangan kadang kadang kita mudah rebah tersungkur apabila diuji.

So, menjengahnya tahun 2009 ni, mebbe ada beberapa menda yang patut aku, korang dan yg lain lain jenguk jenguk balik, macam yang aku tulis dalam post yg lepas la. Apa yang bakal terjadi kedepan depan sana nun, kita tak mampu nak teka lagi.

Dalam hidup ni, ada tiga perkara yang berkait. Itu la yang aku terbaca kat satu magazine... Umur, ilmu dan penampilan. So bila umur dah meningkat setahun lagi ni, bila yang 49 dah berganjak ke 50 dan terasa berumur mungkin banyak la menda yang dok tertanya kat diri sendiri; " cukup ke ilmu yang aku miliki?"

Umur,Ilmu & Penampilan

Tak kira la ilmu dunia ke, akhirat ke; dah dua dua tu memang perlu untuk harungi hidup ni. Tapi ada juga yang terlupa tentang semua tu walau usia dah berganjak ke setengah atau tiga suku abad. Yang wanita plak, dok pikir camna la nak jaga penampilan, camna nak elakkan kulit berkedut, apa pun tak salah jaga penampilan, bia kemas dan sedap mata memandang. Tu je kot. Aku rasa la, tapi apa pun depends la kat mata yang memandang. Bukankah kebahagian tu satu yang diimpikan oleh semua orang? As long as bahagia, buat je la janji tak menyalahi atau menyakiti sesapa.

Kita perlu sedar, jatuh bangun seseorang, penentu kebahagian dan kejayaan seseorang itu ialah diri dia sendiri. Ianya tentulah bergantung kepada kebijaksanaan melakukan perancangan dan pengurusan hidup. Senang je aku cakap, kan? Tapi itulah hakikat, melaksanakan sesuatu tu sebenarnya tak semudah melafazkannya dari bibir. Untuk m menggapai kejayaan, kebahagiaan memang tidak semudah memetik jari. Semua tu menuntut pengorbanan mental dan fizikal yang tinggi, ketabahan dan kecekalan yang tinggi kerana setiap yang mendatang itu; samada kebahagiaan atau kejayaan tidak datang dalam satu package atau sekali jalan malah kadangkala atau apa yang kita dok peratikan sekarang ianya datang selepas kegagalan demi kegagalan. Tu lah orang cakap, nak dapat barang yang baik memang susah. Hanya mereka mereka yang sabar saja boleh berjaya mencapai semua tu. So, pertingkatkanlah kesabaran, kecekalan, ketabahan serta kebijaksanaan kita.

Apapun yang kita hadapi, janganla dok kata; "aku dah serik...."
Sewajarnya, yang jatuh perlulah bangun dan mulakan langkahan....teruskan perjalanan, melangkahlah. Sekali lagi pilihan kat tangan kita, tangan aku, korang dan orang orang lain. Takde benda yang mudah dalam dunia ni, so kenalah kita berusaha bersungguh sungguh kalau nakkan sesuatu dan jadilah lebih kreatif untuk mencipta kejayaan. Itu lah yang mampu aku pesankan kat diri aku sendiri.



Flavour of Life

Hidup ini memang perlukan rencah, pahit, masam dan manis, suka dan duka. Sebenarnya itulah yang buatkan hidup ni lebih indah dan cantik untuk kita lalui. Kalau hanya tahu atau merasa satu rencah saja, tentulah kita tak dapat menikmati nikmat kehidupan yang sebenarnya. So, melangkahlah dengan lebih bersemangat ke tahun baru ini. takde masalah yang tak dapat diselesaikan. Buatlah yang terbaik untuk diri kita dan orang orang yang kita sayang, walau s apa pon mereka pada kita.




2 comments:

farra Jasmin said...

ape2 saje yg kita lalui dalam kehidupan kite xkire pahit & manis, kena ambik sebagai iktibar supaya jadi yg lebih baik pada masa akan dtg...pengalaman tu mengajar dan bgi kite peluang perbetulkan ape yg salah dan memperbaiki yg lain...ilmu tu ptg, kite blaja sampai mati...bukan sume benda kite tahu....penampilan pun sama gak, tpi agak2 la.... gaya, mutu, keunggulan...huhu

Day Dreamer said...

hi FJ,

Yup! kehidupan tu mengajar kira erti dan nilai sesuatu , seseorang kita. semua yang kita lalui dalam kehidupan tu bukan setakat mematangkan kita tapi semua tu la yang buat hidup ni jadi manis, indah even ada suka duka n pahit maung.