TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

penghargaan, cinta kasih & sayang


Meminjam ayat ayat dari blog sorang kawan, aku suka baca ayat ayat dia nih. Layak dia jadi penulis novel actually. So aku pas kan kat bawah ni,

******

Cinta atau perasaan sayang adalah satu nikmat anugerah dari Ilahi yang tak ternilai.

Bukan hari2 kita jatuh cinta.

Bukan hari2 kita rasa sayang.

Bukan pada semua orang kita rasa kasih kecuali pada keluarga terdekat darah daging sendiri.

Justeru, tak keterlaluan jika jatuh cinta adalah satu perasaan yang amat indah yang tak semua orang lalui. Yang tak semua orang merasa.

Bukan semua orang mendapat nikmat ini.

Alangkah seronok dan bahagianya hidup disayangi dan menyayangi. Complete.

Seorang kawan pernah berkata kepada aku, kita harus menikmati dan menghargai apa yang dirasa. Apa yang telah Tuhan beri. Iaitu perasaan kasih sayang.

Betul ker?

Tapi seandainya cinta atau kasih sayang itu jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, adakah kita harus menghargainya juga?

Bagaimana??

*******

Pada aku, apa yang dia tulis tu betul, kita bukan leh nak sayang semua orang, mebbe paling busuk pon, sayang kawan kawan as kawan kawan je la. kan?

Actually kan kasih (pengasih), sayang (penyayang) semua tu ialah sifat tuhan. Antara 99 sifat tuhan, so bila kita diberi rasa kasih dan sayang kat org aku rasa kita patut hargai perasaan kita tu. Jangan minta orang lain untuk hargai dan fahami diri kita KALAU kita sendiri tatau macam mana nak hargai dan fahami apa yang kita rasa.

Lagi satu, korang rasa if ada orang lain yang menghargai diri korang, menghargai apa yang korang rasa, best tak?

Mesti best, kan? That's the nature of human.

Tapi as human ni, kadang kadang kita lupa, kita je yang nak org lain faham tentang kita, kita je nak orang lain menghargai apa yang kita rasa, kita je yang nak org lain menghargai diri kita, So, tanpa kita sedari, kita mudah jadi sensitif bila semua tu tak berlaku, bila kita tak dapat semua tu.
Kita lupa bahawa untuk d apatkan sesuatu kita kena berikan sesuatu, so, why not beri penghargaan kat diri sendiri dulu.

we are what we want to be!

'treat everyone the way that you want to be treated as in return'


5 comments:

Anonymous said...

'treat everyone the way that you want to be treated as in return'
- Do u think so..???

Day Dreamer said...

hi ano,

we shud try, kan?
but tk semestinya bila kita treat si A dgn baik bermakna si A je yg akam bagi balik menda yg sama kat kita. mebbe si D atau si T ke akan treat kita dgn baik dgn cara yg kita suka.

Luas skop ayat tu sbnrnya.

anyway, tq

:)

Anonymous said...

terlalu memikirkan tentang perasaan. buang masa. jangan terlalu semakkan ruang fikiran dengan perasaan. cuba amati kehidupan ni, nasib setiap orang kt dunia ni. benda kecik xperlu diperbesarkan. life must go on. lets by gone be bygone.

Day Dreamer said...

hi ano,

tq, yup u r rite! tapi bukan ke nak mengamati dan menghayati kehidupan dan nasib org tu perlukan perasaan?

nk makan pon rasanya perlu ada perasaan juga rasanya. kan?

papon, thanks again


:)

Anonymous said...

Menghayati perasaan seumpama makanan kepada hati kita.

- ur lovely freind..once upon a time -