TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

biarkan bulan berbicara....




"Time is free, but it's priceless. You can't own it, but you can use it.
You can't keep it, but you can spend it. Once you've lost it you can never get it back"


INTRO


Di suatu sudut di Kuala Lumpur.

"Naper lambat? Nape baru nak bitau sekarang? Kan kita dah sama-sama janji kita akan mulakan sama-sama pada 5:30 petang."


Terdengar nada yang penuh kesalan.


"Maaf awak, tiba-tiba adik saya nak pegi shopping. Saya tak berani nak bitau awak awal awal sebab takut awak kenselkan aktiviti kita nih. Saya cuba untuk sampai secepat yang mungkin ni."


Jam di dashboard menunjukkan hampir ke pukul 6:00 petang. Hujan mula turun dengan lebatnya. Kelihatan manusia di sekeliling bertempiaran melarikan diri memasuki kereta memasing.

"Awak kat mana sekarang? Kalau belum gerak lagi, takyah la datang. Dah dekat jam 6 pon, tambah plak hari dah hujan ni. Kita kenselkan je lah aktiviti petang ni."


Sekali lagi terdengar nada yang penuh kesalan dan kecewa.


"Alaa..awak takkan takleh tunggu sekejap. Kita leh mulakan aktiviti jam 6:30 petang."


Merayu dan memujuk.

"Awak...ni bukan masalah boleh tunggu ke tak. Tapi ni tentang masa, kalau selalu camni janji jam 5:30 patut ada, tapi jam 6 baru sampai pastu cakap aktiviti mulakan lewat sket, susah la awak."


Terdiam.


"If camtu lebih baik takyah janji. Saya tak marahkan awak tapi saya cuma tak nak awak terbiasa macam ni selalu. Menda ni tak baik untuk pengurusan masa awak. If nak lambat sket, awak boleh bagitau setengah jam lebih awal. Jangan nak assume apa apa sebelum bagitau."


Proton Wira warna biru muda itu pon terus meluncur dari kotak parking Tasik Permaisuri. Hujan pula mula beransur reda.


KISAH


Babak kat atas tu biasa terjadi kat sekeliling kita. Sebenarnya ianya tentang MASA. Dan, bila ianya tentang masa, ianya juga tentang penantian dan punctuality.

Ramai orang beranggapan bahawa orang yang bekerja dengan badan berkanun (beruniform) lebih berdisiplin tentang masa dan mempunyai punctuality. Ianya mebi betul dan mebi juga tidak betul. Dan, ianya bergantung pada diri memasing, itu yang lebih tepat kot.


Actually,
pada aku disiplin tentang masa dan punctuality ni ianya applicable pada semua orang. Tak kira sapa pon dia. Apa yang penting ialah kita cuba menguruskan masa yang kita ada sebaik yang mungkin.

Dan if kita mungkin tidak dapat memenuhi keperluan masa yang kita set kan, adalah lebih baik kita memaklumkannya kepada orang atau sesapa yang berkenaan supaya mereka dapat mengambil langkah-langkah tertentu.



AKHIR


Apa menda la aku nak tulis nih. Idea tetiba hilang. Asalnya ingatkan nak cuba buat karangan berdialog.

Cuma tentang masa ni, janganlah biarkan diri kita 'terbiasa' dengan 'tunggu la kejap' , 'alaa..lewat sket takleh ke'.

Of coz menda tu sesuatu yang tak menarik bila kita dah terbiasa, mebi bila sampai di suatu ketika bila kita sendiri berada dalam keadaan kita mahukan komitmen daripada orang lain berkaitan dengan MASA seperti contoh kat atas tu tapi orang tu tak dapat nak kommit dan senyap je tanpa sebarang notis.


Haru tu, kan?



So, tepuk dada, tanyalah diri. That is the best.


2 comments:

cLina BeLedZa said...

tu lah namanyer janji melayu kan? kesian melayu, asik dipersalahkan!
apapon,kena admit kite selalu amik mudah dengan pengurusan masa ni.'nanti la, kejap lagi la.. whatever bla bla..'

demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.....
insaf sekejap...

Day Dreamer said...

huhuh...tu lah. asyik asyik melayu jugak...

padahal masing masing punya badan, masing masing la manage. ye tak?


=)