TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

19 - 'BLuEs UNTuk aKu'


Dan untuk hari-hari yang seterusnya, hubungan aku dengan Jessica makin ngam. Aku senang bekerja sama dengan dia. Adakah kerana dia seorang pompuan? Oohhhhhh... mungkin juga kot!

Projek buku dia pun dah berjalan. Dah start lebih kurang dalam 10%.

Ada masa aku buat kerja kat rumah dan kalau bab-bab yang aku perlu banyak berbincang aku layan kerja kat ofis dia. So far, dia puas hati dengan kerja aku. Aku target dalam masa dua bulan ni projek aku dengan dia beres. Cepat sikit aku boleh dapat duit. Lepas tu boleh cari job lain pulak.

Nak suffer hidup beb. Kena lasak sikit laaa. Kalau tak... 'soru' pun boleh miss. Perut kosong otak boleh beku woooo.


Kat rumah
....

"Awal engkau balik," Aku menegur Yon.

"Biasak le, jantan mithali. Amacam kerja okeh?"

"So far, so good. Awek amacam?"

"Ahaaaaa..... pasal tu la yang aku balik awal ni nak bincang sikit dengan engkau la Hak. Tu pun kalau engkau tak penat le." Kata Yon.

"No Problem."

"Camana dating hari tu" aku memulakan sesi borak-borak.

"Okay laa." Si Yon berkerut sikit.

"Macam tak best aje bunyinya tu?" Aku start korek rahsia.

"Dia terkejut sikit tengok aku."

"Apasal?" Hehh..korek lagi.

"Kepala aku botak." Aii... pendek benor jawapannya.

"Engkau pernah kenal dia ke sebelum ni?"

"Dulu dia school mate aku. Masa tu aku memang syok gila kat dia...." Cehhh, cinta monyet.

"Mesti masa tu dia buat deeek aje kat engkau kan?" Tetiba aku terus pancung cakap Yon.

"Dengar la dulu! Kang aku tak cerita kang!" Marah nampaaakk... jiwang karat jugak jantan ni.

"Okeh, okeh..... cerita la, aku dengar." Pujuk balik, pujuk baliiiiiik.

"Lepas aje SPM. Kitorang terus lost contact. Aku masuk ITM, dia ikut family dia pegi Sabah." Tetiba je Yon termenung.... layan blues le tu.

"Lepas tu?" Aku tak sabar nak dengar cerita slow drama dia.

"Tu lah. Tetiba je hari tu dia contact aku balik." Termenung laaaagi!

"Apa yang engkau rasa sekarang ni?" Aku bagi soalan trick.

"Rasa macam nak jatuh cinta!"

Yesssss ! Perangkap aku dah mengena!

Maka dengan rasminya, terbongkau jualah rahsia seorang lelaki yang selama ini terkenal dengan ke'rebel'annya.

Betullah kata kawan aku dulu. Seganas mana pun seorang lelaki itu akan tunduklah jua dia pada kelembutan seorang perempuan.

Dulu jangan kata nak bercinta, nak bercerita pasal pompuan pun dia boleh muntah.

"Aku betul-betul cair kali ni, Hak!"

"Kira motto hidup engkau,'Boleh Hidup Tanpa Pompuan' tu kira burnt lah ye?"

"Nampaknya macam gitulah kot..." Yon terpaksa mengaku walaupun terpaku.

"Engkau dengan Jessica macam mana?" Aikk? Tukar channel lain pulak?!!

"Kerja macam biasa...." Tenang aje aku jawab. Aku tau dia try nak pekena aku pulak ni.

"Kerja aje ke? Takkan takde apa-apa kot?" Bunyi macam nak pulangkan paku buah keras aje ni.

"Jangan tunggu lama-lama, Hak. Nanti kena kebas. Solo lagi tuu." Woooo...baaaaaaik punya racun.

"Mana boleh, Yon. Tak baik aaaa ambik advantage kat majikan sendiri." Cover baaaaaik punya.

"Kalau aku jadi engkau la, Hak..... dah lama aku tekan ayat!" Engkau racun aku lagi ye, Yon?

"Aku nak cari duit, Yon. Bukan cari cinta." Amacam, kukuh tak jawapan aku?

"Kalau dua-dua sekali apa salahnya?" Udahhh...udahh... tak boleh dilayan sangat budak ni.

"Aku ngantuk laa, esok banyak kerja."

"Ngantuk ke...... atau nak layan blues?" Malas aku ahhh. Dia ingat aku dengan Jessica ada affair ke? Cinta bila-bila aku boleh cari, kalau nak bercinta dengan si Jessica tu pun biarlah adik aku habis belajar dulu.

Bercinta! Eshhh... apa yang aku cakap ni? Hampeh kau, Yon!


'Speeding Up To Slow Down'

No comments: