TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

1


Selamat berpuasa, masuk hari ni dah hari ke-5 kita berada
di bulan Ramadhan Al-Mubarak ni.


Syukur
ke hadrat Ilahi kerana dgn kurniaNya
masih dapat kita sama-sama menjalani ibadat puasa ni.
Memenuhi antara waktu-waktu yang terluang
selepas solat terawih,

aku selongkar balik koleksi majalah-majalah dan
buku-buku lama
yang tersimpan dalam
lemari aku tu.

After all, aku decide nak tulis semula kat blog aku nih
sebuah koleksi yang teramat sangat
aku hargai dan minati,

one of them is
'BLuEs UNTuk aKu'
oleh Aie.


Aku harap aku dapat garapkan semula cerita tu dalam bentuk
penulisan
sebelum tamatnya bulan posa ni.


**********

'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie




Teringat pada pesan arwah abah,

"Dalam hidup mesti ada prinsip. Tanpa prinsip kita akan buta arah...

...Sesat haluan, hilang tujuan. Apa yang diharap pada pentas lakonan ini...

Kadang-kadang kita lupa pada Yang Ada. Kita saja langgar perjanjian di 'sana'.

Dari Dia kita datang... Kepada Dia kita pulang. Berguru beriman, berilmu-beramal, bekerja-berbakti, berbahasa-berbudi... bertawakkal.

Bukankah Allah yang memberikan rezeki dan Dia jualah yang berhak lagi berkuasa untuk membalik-balikkan hati...?

Subhanallah."

Aku terpinga, aku ternganga. Apa sangatlah yang boleh aku faham dalam umur aku yang baru mumaiyiz pada ketika itu. Namun dengan tutur kata yang lembut dan tersusun indah, dapat aku rasakan yang seluruh pancaindera bersatu-setuju menerima faham pesannya itu.

Hidup yang entah manalah panjangnya ini cukup buat kita untuk berfikir tentang sesuatu. Aku bukanlah seorang pengkaji, juga bukan seorang filosoper (perkataan inggeris yang dimelayukan) cuma seorang hamba yang bernafas dengan izinNya dan entah selang beberapa saat nanti terhenti nafas aku juga keranaNya. Kita tak akan faham kalau tak diberitahu dan tak mengambil tahu. Susun atur pemahaman pasti akan menyusul melalui peringkat-peringkat umur mengikut tertibnya. Jadi, untuk yang dah besar panjang, tua bangka ini? Dikira dan dicongak, rasanya tak ada jawapan yang jujur secara lisan dalam soalan tadi. arwah abah ada pesan lagi, "Jangan malu bila berguru, jangan lokek bila berilmu dan jangan menipu bila beramal."

Arwah abah selalu ajak aku pusing-pusing kampung dengan basikal yang dia pinjam dari kakaknya, tapi kalau ke surau arwah abah lebih rela berjalan kaki. Jauh tu, tak jauh tapi sempat jugak le peluh memercik kat dahi. Tentu besar fadhilatnya,kan.

"Kamu lihat burung tu. Terbang berpuluh batu dari sarang, balik pulak semula dengan selamat tanpa sesat. Siapa yang pandu arah?"

Kan payah aku nak jawab tu. Terfikir juga aku, kenapa arwah abah tak jadi sasterawan? Kenapa tak salurkan madah pujangga dia yang cukup simbolik tu buat dibaca dek orang muda dan orang tua zaman yang semakin menuju ke penghujungnya ni?

"Pandanglah dengan mata dan renunglah dengan mata-hati. Bukan semua perkara itu boleh dilihat dengan mata tuli."

Dalam umur yang akan memasuki lingkungan dua puluhan ini, dah patut-patut fahamlah dengan mendalam dengan ayat-ayat yang 'makan dalam' tadi tu. Hmm... dalam maknanya tu.

Pengalaman dengan arwah abah terasa singkatnya. Bagai dirasa-rasa macam baru semalam aje dia pergi. Rindu nak dengar nasihat yang indah-indah macam dulu. Allah lebih sayangkan abah. Tak perlulah diratapkan yang telah pergi, bukan ke kita selepas ini yang bakal menyusuli... Selama hayatnya, aku dapat perati yang arwah abah berusaha-sedia untuk semua ini. Allah jualah yang lebih mengerti.

Masa kecik-kecik dulu, aku ingat jadi orang besar ni best. Nak buat apa pun ikut suka rasa. Nak nak bila dah jejakkan kaki kat kota industri ni, orang macam kilang. Dua puluh empat jam sibik memanjang. Berlari-lari mengejar masa, tak kiralah siang mahupun senja. Nafas makin sesak, ruang makin sempit, jiwa makin perit, hati makin sakit. Betul ke keadaan yang bersalah atau kita yang sebetulnya bermasalah.

Letihkan? Nak sakit kepala lebih-lebih pun tak guna, beb. Kerja ke mana, sorru pun boleh miss. Problem ni memang hari-hari dia beranak. Ambik tengah-tengah le. Ambik pot sangat pun tak elok, buat tak kisah pon tak boleh gak. Lagipun jiwa muda mana yang tak memberontak. Darah muda mana yang tak mendidih, ye tak?

Tanyalah budak kampung mana yang tak terkejut budaya bila mula-mula acara sessi-suai kenal dengan bandaraya Kolumpo ni. Terkedu dibuatnya. Tapi dah lama-lama nanti biasalah pulak. Tapi jangan lebih awak dari orang jati sini sudah le.

Dalam puluhan ribu kelompok manusia yang memenuhi setiap rongga Kuala Lumpur, aku... turut sama ke sini, berlari-lari mengikut iramanya yang terlalu cepat bertukar rentak.
Penat woo...

Awak bukan lahir sini, terasa tempang sebelah kaki. Sedara mara tak ada, terasa kecik betul diri aku ni. Kat sini, kita ramah sangat pun orang boleh was-was. Menanya ada tempat, nak menjawab pun ada had. Pandai-pandai le, kita sendiri yang dah bertekad.

2 comments:

Anonymous said...

Mana sambungan... ??? Mana boleh dapat buku ni... Dahaga sangat dengan buku bersiri ni...

Day Dreamer said...

hi Ano,

taktau lah kat mana leh dapat sambungan nya. kejap mcm ada, kejapo mcm takde. :)