TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG
kisah dewa & dewi kayangan
Sekadar untuk bacaan. Bukan untuk difikir yang bukan-bukan. Juga sebagai ingatan untuk diri.
Dewi : "Keje aku dah semakin susah sekarang. Ramai pompuan zaman ni tak kahwin. Diorang jadi fobia bila tengok banyak rumahtangga yang hancur disebabkan perangai pasangan yang berubah selepas kahwin. Tak sama macam sebelum kahwin."
Dewa : "Betul la ko cakap tu. Aku pun tak paham. Kenapa pasangan perlu berubah lepas kahwin? Kenapa diorang tak boleh jadi macam masa diorang girlfren boyfren dulu? Apa masalahnya?"
Dewi : "Masalah anak kot?"
Dewa : "Apa plak? Kalau diorang betul-betul cintakan satu sama lain, diorang takkan guna isu anak sebagai alasan. Malah kehadiran anak la yang sepatutnya menyerikan lagi hubungan tu. Lagi pun, apa kena-mengena anak dengan cinta? Apa? Just because dah ada anak, jadi cinta pun akan berkurangan? Macam tu?"
Dewi : "Time management?
Dewa : "Sumer tu hanya alasan la. Macam aku cakap tadi, cinta adalah cinta. Kalau cinta itu cukup kuat, ia akan mampu berdiri di atas kakinya sendiri tanpa perlu disokong untuk berdiri oleh apa-apa alasan sekali pun di dunia ni. Dan diorang pun tak perlukan bantuan kita - Cupid!"
Dewi : "Mungkin sebab perkahwinan tu dah jadi satu rutin yang membosankan pada diorang?"
Dewa : "Ha..! Itu la pasal! Aku rasa pasangan tu berubah sebab diorang bosan dengan perkara yang sama setiap hari! Pi keje, balik keje, layan anak, tengok muka pasangan.. sumernya dah jadi satu rutin. Tak ada apa yang berbeza! Diorang dah boleh expect apa benda yang akan berlaku lepas ni! So, diorang jadi bosan la! Bila bosan, tu yang perlahan-lahan diorang berubah! Diorang cari kelainan yang mampu menghidupkan semangat juang diorang balik! Aku rasa la... Aku pun tak paham sangat perangai manusia ni."
Dewi : "Kalau bosan, sepatutnya pasangan tu jadi lebih kreatif dalam menyerikan hubungan diorang, kan? Kenapa diorang tak cuba buat kejutan untuk suami atau isteri yang dicintai? Maybe, kalau selama ni diorang tak penah bawa breakfast untuk spouse diorang kat katil, why not cuba? Mungkin spouse diorang akan suka?"
Dewa : "Ha'ah. Atau pun, suami boleh kirimkan bunga untuk isteri dengan kata-kata I Love You... Atau sekali-sekala, buat candle light dinner ke? Buat apa-apa je la kejutan yang menyenangkan! Susah sangat ke..?"
Dewi : "Hm... Sedih kan? Manusia yang bercinta, pas tu diberikan peluang untuk kahwin dengan orang yang dicintai, tak pula menggunakan peluang tu sepenuhnya. Sebaliknya orang yang bercinta, tapi tak berpeluang untuk kahwin dengan orang yang dicintai, terpaksa menangis buat selama-lamanya... Hidup ini ironis..."
Dewa : "Ya... memang. Kalau la kita berdua boleh jadi manusia, aku akan perlihatkan kepada seluruh dunia, betapa bahagianya kita kerana saling mencintai dan penuh dengan kejutan..."
Dewi : "Aku juga begitu. Tapi kita adalah dewa dan dewi Cupid. Dan selamanya, kita hanya mampu mempertemukan cinta manusia, bukan mempertahankannya..."
Dewa : "Aku mencintaimu, Dewi... Seluruh hidupku..."
Dewi : "Aku juga mencintaimu, Dewa. Selamanya..."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sentiasa berdoa agar ksh syg antara suami n isteri akan terus berkekalan..jdikan psangan anda sebagai SAHABAT BAIK anda..dan pastikan anda menjalankn tggungjawab anda sepenuhnya..-suzie-
hi ano-suzie,
agree with your comment. kita kena camtu. insya allah, jom kita sama sama cuba.
Post a Comment