TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

indahnya kehidupan #2




"Bagaimana perjalanan hidup anda tika ini"

Agaknya apakah jawapan yang terbaik yang akan anda jawab jika itu soalan yang ditanyakan kepada anda?

Bagus!

Baik!

Macam ni lah seadanya.

atau,

Alhamdulillah.

Walau apapon jawapan anda, setiap orang mengharapkan orang yang ditanyakan soalan tu gembira, bahagia, tenang meniti hari-harinya dan sabar serta tabah dalam menghadapi segala cabaran dan ujian.

Tanpa cabaran dan ujian kita tidak akan belajar apa-apa. Pada masa yang sama juga jangan membiarkan emosi mengawal diri kita, bersabarlah mengawal emosi kerana itu adalah sebahagian dari kesabaran dan juga sebahagian dari iman.

Tinggi dan rendah, lelaki dan wanita, akal dan hati serta cinta dan airmata, semua itu adalah sebahagian dari dunia ini, sebahagian daripada kehidupan kita dan juga sedikit daripada elemen-elemen dalam cabaran dan ujian yang kita harungi.



Adakalanya dalam hidup ini kita perlu buat keputusan yang kita tak nak buat, kadang-kadang juga kita perlu lepaskan sesuatu yang menjadi milik kita. Ujung-ujung, masa juga yang menentukan samada kita mampu buat atau tak. Berkait dengan masa, of coz kesabaranlah yang menjadi lawannya. Dalam pencarian, ramai orang yang terkandas sebab kurang sabar.

Kesabaran dalam hidup. Boleh dikatakan dalam semua bahagian perlu diaplikasi. Sebagai contoh mudah-fahami, dalam perhubungan kadang-kadang cara kita tunjukkan perhatian terhadap si dia dan tanpa sedar kita telah melakukannya dengan tidak sabar hingga ianya memberikan keterasingan kepada si dia, mungkin tekanan atau apa apa je. Again, tentang masa. Mungkin sebenarnya si dia perlukan masa untuk lepaskan sesuatu dan berkongsi, mungkin juga kita perlukan masa dan bersabar sehingga dia sudi berkongsi dengan kita tetapi bukanlah sesuatu yang wajib kalau dia taknak berkongsi pon. Tapi itu cuma sebahagian kecil daripada apa yang semua orang lalui.

Dan memang betul if dikatakan ramai yang terkandas sebab kurang sabar, tetapi setiap orang melakukan kesilapan, begitu juga kita, aku dan korang.

Again, sekadar renungan dan peringatan untuk diri.


If you don't have time to do it right
you must have time to do it over.

~Anonymous











2 comments:

Anonymous said...

walau apa pun jwpannya...yg pasti kita hanya ingin mdgr yg baik2 aje kan...

;)

Day Dreamer said...

hi ano,

yup! that's the nature.

human nature & nature of life.