TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

12

'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


Teringat aku waktu aku kecik-kecik dulu...

"Tanggungjawab tu apa bah?" "Tanggungjawab tu bermakna amanah dan apabila seseorang tu dipertanggungjawabkan untuk memegang satu amanah, hendaklah dilaksanakan ia dengan sebaik mungkin. Ia merangkumi semua, pada agama, keluarga, sesama insan, diri sendiri dan pada kedua ibu bapa selagi ia tidak melibatkan dengan perkara-perkara yang berlawanan dengan hukum Tuhan.", abang memberikan penerangan kepada aku.

Arwah abah memamng macam tu. Dia akan jawab setiap pertanyaan dengan teliti dan teratur. Dari raut mukanya yang tenang aku dapat agak yang setiap jawapan dari abah tersembunyi seribu satu soalan yang harus aku sendiri cari maksudnya.

"Mungkin satu hari nanti kamu akan tahu sendiri betapa tanggungjawab itu sebenarnya suatu nikmat yang Allah beri kepada manusia yang bernama insan."

Lima belas tahun dulu, aku mungkin tercangak-cangak mencari makna ayat yang kabur tak berjawapan tu.

Tapi sekarang... yang kabur mula jelas, yang jelas kian nyata dan yang nyata itu belum aku pasti lagi akan kepastiannya.


"Ibu panggil kamu balik tergesa-gesa macam ni, bukannya sengaja nak nyusahkan kamu, Hak." Ayat emak terhenti setakat tu. Aku perasan yang anak mata dia memandang tepat kat muka aku. Tu yang aku lemah tu! Aku memang tak boleh pandang muka emak lama-lama, sayu aku.

"Pasal duit belajar adik kamu tu... ibu tak paksa kamu adakan jugak dalam jangka masa yang pendek ni. Ibu faham kamu pun nak pakai duit untuk kamu sendiri." Kata-kata emak terhenti buat kali kedua, macam nakkan aku betul-betul ambik perhatian akan apa yang bakal dikatakan seterusnya.

"Kamu pun tahu...kita bukannya orang senang. Lepas arwah abah kamu pergi, pada kamu ajelah tempat ibu berharap. Kamu berusaha mana yang termampu oleh kamu dan ibu akan ikhtiarkan juga mana yang boleh." Bicara emak terhenti lagi buat kali ketiga. Kata-kata mak tadi membuatkan aku rasa macam seorang hero.

"Ibu nakkan kesemua anak-anak ibu dapat belajar tinggi. Ni amanah arwah abah kamu pada ibu. Sekarang masa adik kamu pulak, Sahak." Emak tengok muka aku lagi, kali ini dia pandang betul-betul tepat kat biji mata aku.

"Insya-Allah. Sahak pun tengah usaha sekarang ni mak." Aku menjawab dengan penuh konfiden.

Besar betul tanggungjawab aku, berat betul amanah yang aku pikul. Aku tak perlu cakap berdegar-degar untuk membuatkan emak berasa lega.

Barulah aku faham sekarang ni akan apa yang arwah abah cakapkan.

Mungkin ini baru permulaan. Esok, lusa... aku tak tau lagi.

Apa-apa hal pun. Aku mesti lepaskan adik aku dulu.

No comments: