TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN KORANG

8

'BLuEs UNTuk aKu'

created by : Aie


"Sunyi je office awak"

"Dah pukul satu dah pun. Diorang pegi lunch le tu. Jom makan!", amoi tu ajak aku.

"Jom makan?"

Jom makan? Hah, tanya lagi soalan bukan-bukan. Celupar sangat mulut tu! Duit dalam poket cukup-cukup tambang balik aje ni. Buatnya dia yang suruh aku belanja karang, tak ke naya aku dibuatnya nanti. Apa alasan aku nak bagi kat amoi ni ye?

Ishhh... tolonglah, amoi. Aku tengah daif sekarang ni. Tak boleh ajak hari lain ke?

"Saya belanja", dia menyambung lagi, macam faham aje apa yang aku fikirkan.

"Err... tak payahlah. Menyusahkan awak aje..."

"Biasa laa.... nak jaga client!"

Lepas makan ...

"Jadi, bila boleh kita duduk bincang balik?", si amoi tu minta kepastian.


"Bagi saya tiga hari, boleh?!"

"That means, hari Jumaat. Lepas Jumaat lah, ye."

Aku hantar amoi tu pergi kat kereta dia.

"Lepas Jumaat...", aku dok memikir waktu on the way balik.

Macam mana aku nak cakap 'eh pasal amoi ni. Dah la cakap Melayu pandai, tau hormat agama orang pulak tu.

"Lepas Jumaat lah, ye."

Sedap betul dia cakap petang tadi. Susah jugak nak percaya ayat-ayat tu terpacul dari mulut dia. Makin aku banyak berbual dengan dia, makin banyak pulak yang aku tahu tentang peribadi si amoi tu. Eshhh... nak puji lebih-lebih pun tak boleh la kan. Karang orang kata, mentang-mentang la amoi tu cun ...

Tapi apa-apa hal pun, malam ni aku kena start baca manuskrip yang dia bagi tadi. Mana la tau kot-kot cerita yang dia buat tu tak serasi dengan cara penyampaian aku pulak.



'No one's pinned their dreams on me'

2 comments:

achik said...

wohoo!!!

best best.. dah lama x baca Blues Untuk Aku..

buleh la layan blues kat sini.. ;)

Day Dreamer said...

hi achik,

you are welcome to 'layan blues' here.

thank you. :)