'BLuEs UNTuk aKu'
Mungkin ada sesuatu yang tersirat dalam setiap helai manuskrip yang ditulis oleh Jessica ni.
Makin aku cuba fahamkan, makin aku tak faham pulakdibuatnya. Selalunya kan, seseorang penulis tu lebih gemar menjadikan kisah hidup dia dijadikan bahan cerita sebab senang nak feel. Itu pun mengikut kajian aku sendiri la, kan. Tak tau la pulak kalau-kalau teori aku ni salah. Kalau nak dicomparekan Jessica dengan watak Sasha dalam cerita yang dia tulis ni, tak banyak beza sangat aku rasa.
Tapi itu semua besar kemungkinan la kan, aku sendiri pun tak pasti.
"Khusyuk benar nampaknya tu?", Yon menegur aku.
"Kita tau la kan...", sambung Yon lagi.
"Tau apa?", aku tersengih.
"Tak ada apa-apa heh!"
"Eyy, Yon. Dah berapa lama kau kenal dia?", aku tanya Yon.
"Lama dah. Kenapa?" "Cuba kau baca perenggan yang ketiga ini"
"Apasal?", berkerut dahi Yon sambil membaca manuskrip yang aku pegang tu.
"Ekhmmm... mmm..."
'Terkadang aku berasa tidak adil dengan diri sendiri, hidup dalam gelumang dosa dan noda. Sampai bila aku harus begini...'
'Membiarkan saja palit-palit hitam terus tercanting dalam hidupku. Aku mimpikan seseorang untuk menarikku keluar dari kawah hina ini...'
'Membiarkan saja palit-palit hitam terus tercanting dalam hidupku. Aku mimpikan seseorang untuk menarikku keluar dari kawah hina ini...'
"Macam lahir dari realiti aje bunyinya,kan?", kata aku kepada Yon.
"Srupppp!!"
"Apa pendapat engkau Yon?"
"Kureng la kau! Emosional sangat. Kan cerita aje tu. Si Jessica tu kan penulis... aku kenal sangat dia tu."
"Aku bukannya nak syak yang bukan-bukan kat dia Yon. Mungkin jugaklah ye, aku ni emosional sangat kot. Eyy.. sejak bila engkau kawan sama dia aaa?", aku tanya Yon lagi.
"Masa kat ITM dulu. Dia tu classmate aku. Kepala dia memang gila-gila sikit. Ehh..Hak, hujung minggu ni aku takde tau. Aku pegi Penang."
"Berapa hari?", tanya aku.
"Dua. Engkau tengok-tengok sikit bini aku kat luar tu ye. Mintak tolong kau warm up enjin dia pagi-pagi."
"Upah?", aku tersengih.
"Aku belikanlah kau buah pala lima nam kampit nanti."
"Cehh!!"
"Okaylah tu, buah pala. Abis tu kau nak apa?"
"Anak mami ke...", aku sengih panjang, dan...
Kami gelak besar kejap...
"Oii... Jessie tu solo lagi apa... masuk jarum laa! Itu pun nak tunggu aku ajar ke?", tambah Yon tersengih-sengih.
"Sorry aaaa... aku allergic dengan pompuan." Kami terus gelak besar.
Cehh... solo ke, apa ke, pedulik hapa aku. Tak kuasa aku nak bercouple-couple buat masa ni. Yang ada dalam kepala otak aku sekang, macam mana nak dapatkan tiga ribu ringgit dalam masa sebulan dua ni. Masa jumpa Jessica semalam pun lupa nak tanya pasal berapa dia nak bayar aku. Takpe laa. Nanti masa nak buat agreement nanti boleh bincang.
Malam ni aku kena baca habis manuskrip si Jessie. Tak banyak lagi, tinggal lagi setengah je. Lepas tu nak fahamkan betul-betul jalan cerita dia. Lepas tu nak buat character development dan macam-macam lagilah aku nak mengadap.
Jumaat petang pulak nak mengadap si Jessica yang tengah solo lagi tu. Solo lagi?
No comments:
Post a Comment